Program Kluster SME Ternakan Ikan Air Tawar Dalam Sangkar, Sungai Perak bermula pada tahun 2015 selaras dengan kejayaan Program Kluster SME Ternakan Ikan Air Tawar Dalam Sangkar Sungai Pahang. Objektif program ini adalah;
- Transformasi dan penstrukturan projek ternakan ikan air tawar dalam sangkar di Sg. Perak.
- Menyusun semula aktiviti akuakultur bagi pengusaha kecil dan sederhana (SME) berdasar kesesuaian kawasan perairan.
- Meningkatkan pendapatan pengusaha melalui peningkatan produktiviti pengeluaran, kualiti dan harga pasaran (RM3,000/bulan)
- Menggalakkan penglibatan golongan belia (Agropreneur muda) dalam industri akuakultur, dan
-
Menerapkan Amalan Akuakultur Baik dan Prinsip Biosekuriti Ternakan
Program ini melibatkan 8 orang penternak sedia ada dari Daerah Perak Tengah dengan pembinaan 32 unit sangkar serta bekalan benih ikan tilapia dan makanan ikan. Pelaksanaan program ini mengambil pendekatan yang sama dengan Program Kluster SME Ternakan Ikan Air Tawar Dalam Sangkar Sungai Pahang iaitu melalui Koperasi yang ditubuhkan diantara penternak yang terlibat bagi urusan bekalan sangkar, benih dan makanan ikan. Selain itu, penternak-penternak turut diberi latihan dan kursus dari segi penternakan ikan bagi meningkatkan lagi kualiti dan kuantiti hasil ikan yang dikeluarkan. Anggaran hasil pengeluaran daripada program ini adalah sebanyak 20 tan metrik sepusingan.
Untuk menikmati kesegaran ikan Tilapia yang diternak di dalam sangkar, sila datang dan menginap di Homestay kami kerana kedudukan Projek Ikan sangkar ini berdekatan dengan homestay lebih kurang 100 meter sahaja.